Hot FM

Solehah akan cabar pemecatan oleh UIAM


Solehah Yaacob
UIAM memaklumkan bahawa Solehah Yaacob dipecat pada April lepas dan bukan lagi profesor di universiti tersebut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Pensyarah yang sebelum ini menimbulkan kontroversi, Solehah Yaacob, akan mencabar penamatan perkhidmatannya oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), mendakwa institusi tersebut bersikap tidak profesional dalam keputusannya.

Solehah berkata, beliau akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Perusahaan.

“Saya dipecat dalam tempoh 24 jam dan tidak dibenarkan buat rayuan,” katanya kepada FMT.

“UIAM mahu bayar saya (pampasan) bersamaan enam bulan gaji, tetapi saya tolak.”

Awal hari ini, pihak universiti menyatakan bahawa Solehah, yang memegang ijazah doktor falsafah dalam linguistik bahasa Arab, dipecat pada April lepas dan bukan lagi profesor di universiti tersebut berkuat kuasa 27 April.

Pihak universiti turut menegaskan, Solehah tidak dibenarkan menggunakan sebarang gelaran atau jawatan yang dikaitkan dengan UIAM mahupun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version