Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SOP kewangan dilanggar dalam kes wang bantuan persekolahan hilang

today17 January 2023

Background



(Gambar Bernama)

IPOH: Terdapat pelanggaran tatacara operasi piawai (SOP) kewangan sewaktu pengeluaran wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000, yang dilarikan individu dalam kejadian di Beranang, Selangor semalam.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata itu antara maklumat awal yang diterima pihaknya dan kes itu dalam siasatan polis serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

Menurut tatacara pengeluaran wang tunai yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, pengeluaran wang tunai hingga RM10,000 oleh pengetua atau guru besar hendaklah diiringi dua guru, atau polis jika mengeluarkan wang tunai melebihi RM10,000.

“SOP kewangan telah dilanggar. Kita ada SOP yang ketat bahawa (pengeluaran wang) lebih RM10,000 mesti ada pengiring, ini kan pula satu jumlah yang amat besar,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan Chepor.

“Kita sedang menunggu laporan polis dan JPN Selangor, kemudian kita umumkan tindakan yang akan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post