
PETALING JAYA: Isu pembayaran balik prinsipal hutang 1MDB semakin memuncak sejak bekas Perdana Menteri Najib Razak bercakap mengenainya di Parlimen pada Rabu.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menyentuh isu itu di Dewan Rakyat semalam selepas Najib dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan mengenainya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua kemudiannya mengemukakan usul meminta Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa cuba mengelirukan dewan dengan ucapannya mengenai 1MDB Rabu lalu.
“Secara spesifiknya, tidak ada satu sen prinsipal hutang 1MDB pernah dibayar oleh kerajaan. Ini adalah palsu kerana kerajaan telah membayar RM8.8 billion prinsipal dan faedah semasa beliau menjadi Menteri Kewangan,”…