
PETALING JAYA: Seorang penganalisis berkata keadaan sosiopolitik negara mendorong parti bukan Melayu dan mereka yang bergantung kepada parti Melayu bergerak ke arah menjadi tidak relevan “seperti MCA”.
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, banyak peraturan tersurat dan tersirat dibina dalam sistem sosiopolitik Malaysia untuk memastikan “penguasaan mutlak Melayu”.
Katanya, pada tahap tertentu, parti bukan Melayu berada di kedudukan lebih baik untuk memperjuangkan layanan sama rata terhadap komuniti mereka sebagai pembangkang.
Bagaimanapun katanya, sebaik parti ini membentuk sebahagian kerajaan yang memerintah, mereka perlu menerima “penguasaan yang tidak boleh dipertikaikan” oleh parti Melayu atau majoriti Melayu.
“Ini termasuk (berkompromi) isu berkaitan…