
Syarikat aeroangkasa dari Amerika Syarikat, SpaceX hari ini menyumbangkan 50 kit Starlink kepada Malaysia bagi menyokong kesiapsiagaan bencana negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan ketika delegasi SpaceX mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, yang turut dihadiri Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, pertemuan itu antara lain membincangkan usaha memperkukuh kerjasama strategik melalui Starlink, iaitu perkhidmatan Internet satelit kendalian SpaceX dengan tumpuan khusus kepada usaha meluaskan capaian rangkaian kepada penduduk di kawasan pedalaman.
“Saya menghargai peranan Starlink dalam menyokong usaha kerajaan meluaskan liputan dan meningkatkan mutu capaian Internet menerusi Jalinan Digital Negara,…