
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai tarikh pembukaan persidangan Parlimen ke-15, dalam masa terdekat
Beliau menjangkakan persidangan pertama Parlimen selepas pembentukan kerajaan baharu diadakan pada bulan depan.
“Saya rasa perhatian utama sekarang ialah bagi pembentangan bajet mini bagi menjamin operasi negara berjalan lancar bagi Januari 2023, jadi ia (persidangan) perlu dibuat sebelum tahun baharu (2023),” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, di sini hari ini.
Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana…