
PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun meminta pemimpin parti yang mempunyai jumlah kerusi “substantial” dalam pilihan raya umum ke-15 menyerahkan nama parti dan Ahli Parlimen bebas yang bersetuju menyertai mereka menubuhkan kerajaan persekutuan.
Beliau turut meminta pemimpin parti menamakan seorang Ahli Parlimen dalam gabungan mereka untuk menjadi calon perdana menteri ke-10 melalui akuan surat berkanun (SD).
“Dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya Isnin (21 Nov) sebelum 2 petang,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Istana Negara meminta pemimpin parti membentuk gabungan dengan parti lain yang mempunyai kerusi paling banyak untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Keputusan pilihan raya umum ke-15 menyaksikan tiada gabungan yang memiliki majoriti mudah.
Pakatan Harapan bersama Muda…