Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Speaker tunggu surat Rafizi, Nik Nazmi sebelum putus status kerusi

today17 May 2026

Background


Johari Abdul
Johari Abdul berkata, beliau hanya akan bertindak selepas terima surat Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai pengosongan kerusi Parlimen masing-masing.
PETALING JAYA:

Status Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Ahli Parlimen selain keperluan mengadakan PRK selepas kedua-duanya mengosongkan kerusi Pandan serta Setiawangsa akan diputuskan selepas meneliti surat mereka, kata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

Johari berkata, beliau akan menunggu surat pemakluman rasmi pengosongan kerusi oleh dua bekas pemimpin PKR itu sebelum mengambil tindakan.

“Saya cuma boleh bertindak setelah menerima dokumentasi, tidak (semata-mata) dengan mengambil maklumat selain dari itu,” katanya kepada FMT.

Rafizi dalam sidang media selepas mengumumkan hala tuju politiknya siang tadi berkata, beliau menyerahkan kepada Johari untuk membuat keputusan mengikut perlembagaan sama ada PRK perlu diadakan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, sepatutnya tidak ada PRK selepas tempoh tiga tahun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Fatin Ahmad Darji


Previous post

Sukan

Negeri Sembilan raih kejuaraan treble

Seremban: Skuad hoki wanita Negeri Sembilan membuktikan kehebatan tersendiri apabila berjaya menewaskan wakil dari Australia, Territory Stingers, 5-2, dalam perlawanan akhir perebutan trofi utama, Piala Vivian May Soars, Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) MHL-TNB 2026, di Stadium Hoki Bukit Jalil, petang tadi.

today17 May 2026