
PETALING JAYA: ADUN Chuah Yek Diew Ching menafikan spekulasi mengaitkan dirinya melompat ke Parti Bangsa Malaysia (PBM) walaupun mengakui sering menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan PKR Negeri Sembilan.
Katanya, beliau tetap setia kepada parti yang memberi ruang kepadanya bertanding pada pilihan raya umum lalu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PBM Zuraida Kamaruddin, semalam, berhubung dua ADUN Negeri Sembilan dalam proses menyertai PBM.
Diew Ching berkata, beliau tidak mengetahui siapa individu dimaksudkan menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu.
“Mudah sahaja, saya dipilih atas tiket PKR, jadi saya ini turut setia dan pegang dengan prinsip menghormati amanah diberikan rakyat. Selagi saya dipilih atas tiket PKR, saya setia…