Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Spekulasi Tersebar, Ricardinho Bakal Beraksi Di Indonesia?

today3 June 2022

Background
Ricardinho




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada kelab yang diwakilinya sejak tahun 2020 iaitu ACCS Futsal, masa depan karier legenda futsal dunia, Ricardinho jelas menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat sukan lima sebelah tersebut.

Dengan kualiti hebat yang masih mampu dijelmakannya walaupun sudah berusia 36 tahun, sudah pasti masih banyak kelab futsal ternama terutamanya di Eropah berminat untuk membawa masuk pemenang enam kali anugerah Pemain Terbaik Dunia tersebut.

Ketika masih lagi tiada sebarang perkembangan terkini mengenai pasukan baharu yang bakal diwakilinya, terdapat spekulasi mengatakan sebuah kelab saingan Liga Futsal Profesional Indonesia (PFL), Pendekar United berminat untuk mendapatkan khidmat Ricardinho.

Pendekar United merupakan sebuah pasukan dari Jakarta yang dimiliki oleh Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar dan kini berada di kedudukan keempat daripada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah