Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Krisis ekonomi global telah merubah landskap bisnes sesebuah syarikat. Kini syarikat teknologi gergasi mula mengambil kira untuk membuang sejumlah tenaga kerja kerana mahu menjimatkan kos operasi.
Terbaharu, Spotify kini menjadi sebuah lagi syarikat teknologi yang turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja iaitu sekitar 6% pekerja sepenuh masa. Secara kasarnya, ia memberi kesan kepada hampir 600 orang pekerja Spotify.
