Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPR gantung pengundian 11 pusat mengundi di Parlimen Baram

today19 November 2022

Background



SPR menggantung pengundian di 11 pusat mengundi di Parlimen Baram susulan keadaan cuaca dan kesukaran pusat mengundi diakses petugas pilihan raya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menggantung pengundian di 11 pusat mengundi di Parlimen Baram susulan keadaan cuaca tidak baik, selain menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke lokasi mereka ditugaskan.

Dalam kenyataannya, SPR berkata, petugas tidak dapat masuk ke kawasan berkenaan sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

β€œTarikh baharu pengundian bagi pusat mengundi dan tempat mengundi (saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post