Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70%

today8 September 2023

Background


JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram esok melebihi 70%.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata jika jumlah peratusan itu tercapai, ia mengatasi peratusan keluar mengundi iaitu lebih 60% yang direkodkan dalam enam PRN pada 12 Ogos lepas.

“Kita menjangkakan peratusan itu selepas melihat beberapa faktor, antaranya tanggungjawab yang perlu ditunaikan pengundi dan calon-calon yang sangat hebat dan bersemangat ketika berkempen,” katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan petugas SPR di Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Ghani menyeru semua pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan merancang perjalanan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Noaa sedia gempur kubu Filipina

Kuala Lumpur: pemain kacukan yang beraksi di Liga Finland, Noaa Laine menjelaskan dia tidak berhadapan masalah untuk mendapatkan keserasian bersama pasukan walaupun baru saja tiga hari menyertai skuad muda negara itu.

today8 September 2023