
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan laporan mengenai dakwaan cadangan menambah jumlah bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak, termasuk yang dikaitkan dengan perbincangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Setiausaha SPR Khairul Shahril Idrus dalam kenyataan berkata, tiada cadangan pertambahan bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak ketika ini melibatkan mana-mana kawasan seperti yang didakwa sebuah akhbar.
“SPR merujuk mengenai laporan akhbar yang memetik dakwaan bahawa berdasarkan ‘Dokumen cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak’ kononnya dikongsi kepada akhbar berkenaan bahawa jumlah bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak akan bertambah kepada jumlah tertentu.
“SPR ingin menegaskan bahawa tiada cadangan untuk pertambahan bahagian pilihan raya…