Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPR saran bakal calon buat semakan awal untuk lancar proses penamaan

today27 July 2023

Background


PRN Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan serta PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak 12 Ogos ini.

KUALA LUMPUR: Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRN di enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal dengan pejabat pegawai pengurus atau pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan sebelum hari penamaan calon.

Dalam kenyataan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak, berkata langkah itu bagi melancarkan proses penamaan calon PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta PRK Kuala Terengganu ditetapkan pada 29 Julai ini.

Selain itu, bakal calon juga disaran membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan sebagai bukti pembayaran.

“Bagi bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post