Hot FM

SPR tak benar calon Warisan tarik diri di Padang Serai



Menurut SPR, Mohd Bakhri Hashim masih dianggap sebagai calon Warisan di Parlimen Padang Serai walaupun partinya mengambil keputusan enggan bertanding.

PETALING JAYA: Calon Warisan bagi Parlimen Padang Serai, Mohd Bakhri Hashim, tidak boleh menarik diri selepas namanya disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun partinya mengambil keputusan enggan bertanding.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Abdul Bari Abdullah, berkata Bakhri masih dikira sebagai calon walaupun partinya membuat keputusan berkenaan, semalam.

“Tiada dimaklumkan (menarik diri) hari ini (semalam). Tak boleh tarik diri setelah masuk (penamaan). Kertas undi pun kita dah hantar untuk cetak lepas selesai penamaan calon pagi ini (semalam).

“Malah, dalam peraturan tak boleh tarik diri dan kalau tarik diri juga nama beliau tetap ada. Mereka kena rujuk ibu pejabat SPR,” lapor Kosmo, malam tadi.

Terdahulu, Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua Jr,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version