Ia susulan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing mendakwa wujud budaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa ‘kronik’ di pintu masuk negara.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki.
“SPRM akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak dan menyiasat perkara itu sewajarnya.
“Oleh itu, kami menggesa orang ramai tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Semalam, seorang menteri dilapor mencetuskan kekecohan di balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.
Menteri itu juga dilaporkan memarahi polis bantuan KLIA dan pegawai imigresen ketika beliau cuba…
