Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah membeku kira-kira 20 akaun perbankan bernilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam membabitkan pasangan pempengaruh serta dua lagi individu.
Memetik Harian Metro, sumbernya menyatakan akaun yang dibekukan itu adalah akaun milik individu serta syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana yang diterima daripada orang ramai menggunakan satu platform kutipan derma…