Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPRM beku akaun Bersatu, kata sumber parti

today1 February 2023

Background



Difahamkan SPRM membekukan akaun-akaun Bersatu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun-akaun Bersatu, menurut sumber parti.

Sumber yang enggan namanya didedahkan itu berkata, akaun-akaun terbabit dibekukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Difahamkan bahawa pembekuan akaun Bersatu itu berkaitan dengan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit yang dimaksudkan untuk pakej rangsangan Covid-19.

FMT sedang cuba menghubungi SPRM untuk mendapatkan komen.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

TMJ tak sabar nak beraksi di Stadium Shah Alam

Kuala Lumpur: Walaupun pembinaan Stadium Shah Alam menimbulkan beberapa persoalan termasuklah membabitkan kos pembinaannya namun pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak menafikan bahawa kelabnya cukup teruja untuk beraksi di venue canggih itu.

today1 February 2023