Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPRM berjumpa Maszlee Malik berkait isu 1BestariNet

today29 September 2024

Background


Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik sebelum ini dilaporkan berkata isu membabitkan 1BestariNet menjadi antara faktor peletakan jawatan beliau pada Januari 2020. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah bertemu dengan bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik berhubung isu 1BestariNet.

Harian Metro yang memetik sumber, berkata pertemuan itu dilakukan pegawai penyiasat kes terbabit, minggu lalu.

“Pegawai penyiasat sudah berjumpa dengan Maszlee untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini (1BestariNet).

“Siasatan kes ini masih dijalankan termasuk tindakan SPRM mendapatkan dokumen berkaitan dan keterangan beberapa individu,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Pada awal bulan ini, SPRM memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia bernilai RM4 bilion yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Selesaikan isu gaji agenda utama Abdullah Sani

Kuala Lumpur: Ketika ramai berdiam diri isu tunggakan gaji Kuala Lumpur City (KL City) FC, calon Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid tampil berani mahu menyelesaikannya jika berjaya menduduki kerusi nombor satu.

today29 September 2024