

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka tujuh kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan pelaburan Felda serta anak syarikatnya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata penyiasatan khas berskala besar itu memfokuskan transaksi pelaburan serta pengambilalihan aset oleh Felda dan FIC dalam tempoh 10 tahun, antara 2010 hingga 2020, lapor Harian Metro.
Beliau berkata enam kertas siasatan baharu sudah dibuka pada 24 Ogos lalu, manakala satu lagi kertas siasatan lama masih aktif.
“Enam kertas siasatan baharu itu dibuka membabitkan isu pembelian dan pelaburan aset pada harga yang melebihi nilai penilaian sebenar, sekali gus dipercayai menyebabkan kerugian dialami oleh Felda secara keseluruhannya,” katanya…