

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha mendapatkan bukti dari United Kingdom (UK) sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap firma guaman antarabangsa, White & Case yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menurut Berita Harian, siasatan terbabit dikatakan berkait dakwaan firma itu terlibat dalam penyediaan dokumen mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan serta arahan pembayaran yang didakwa memudahkan pemindahan dana berkaitan 1MDB kepada pihak yang tidak diberi kuasa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata penyiasat mengenal pasti elemen kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, termasuk peruntukan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada…