Site icon Hot FM

SPRM jangka buat forensik akaun NGO kutip derma rakyat Palestin


Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata individu bertanggungjawab dalam perbelanjaan dan pihak mengaudit akaun NGO itu dipanggil untuk siasatan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemu bual beberapa saksi berhubung siasatan terhadap sebuah NGO yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata siasatan dijalankan susulan timbul dakwaan pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana wang derma itu dibelanjakan oleh NGO berkenaan.

Beliau berkata, individu yang dipanggil itu adalah mereka yang bertanggungjawab dalam perbelanjaan dan pihak yang mengaudit akaun NGO terbabit.

“Semua mereka telah dipanggil pada minggu lepas dan kini SPRM dalam usaha untuk mendapatkan dokumen-dokumen seperti penyata akaun bank dan laporan kewangan NGO berkenaan.

“Saya jangkakan SPRM perlu membuat forensik perakaunan terhadap penyata kewangan dan akaun NGO tersebut kerana kita perlu melihat perjalanan keluar masuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version