Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPRM kesan bekas pegawai Rafizi bantu siasatan

today4 March 2026

Background


chai jin shern james chai
SPRM berkata pihaknya sedang mengesan Chai Jin Shern, yang juga dikenali sebagai James Chai, bagi membantu dalam satu siasatan. (Gambar SPRM)
PETALING JAYA:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang bekas pegawai kepada bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, bagi membantu siasatan.

SPRM berkata pihaknya sedang menjejaki Chai Jin Shern, yang juga dikenali sebagai James Chai dan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaannya supaya menghubungi pegawai penyiasat Hafidz Abd Halim di talian 017-5046503.

“Alamat terakhir Chai Jin Shern yang diketahui ialah 10, Jalan Nikel 7/26A, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Chai sebelum ini merupakan pegawai tugas-tugas khas kepada Rafizi ketika Ahli Parlimen Pandan itu memegang jawatan sebagai menteri ekonomi.

Beliau meninggalkan kementerian itu selepas Rafizi meletakkan jawatan sebagai menteri pada Mei lalu.

Chai merupakan graduan undang-undang dari Universiti…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post