
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance – MLA) bagi memperoleh keterangan beberapa individu di Taiwan dan United Kingdom (UK) untuk membantu siasatan kes pelaburan RM1.1 bilion.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata pihaknya telah berhubung dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan bantuan berkenaan susulan siasatan yang turut melibatkan bidang kuasa dua negara terbabit.
Beliau berkata proses itu diperlukan bagi membolehkan keterangan dan maklumat daripada individu terlibat diperoleh secara sah mengikut peraturan serta undang-undang antarabangsa.
“Kes ini mungkin akan memakan masa sedikit dari segi penyiasatan memandangkan ia melibatkan dua bidang kuasa yang berbeza, kita…