
SEPANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap bekas sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, Jasmine Loo Ai Swan
berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki keterangan daripada Jasmine telah diambil bermula 4 Sept lalu.
“Dia dalam siasatan kita juga.
“Setakat ini mengambil masa tiga hari dan jika perlu tambahan masa kita akan minta kepada polis untuk tambah,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Persidangan “Governans, Integriti dan Antirasuah” Kali Ke-2 Tahun 2023 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
BERITA LANJUT MENYUSUL
