

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengekalkan keseimbangan antara tindakan punitif yang tegas dengan pendekatan pencegahan bagi memastikan usaha memerangi rasuah di negara ini mencapai keberkesanan jangka panjang.
Pengasas merangkap Timbalan Presiden 2 Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) GP Doraisamy berkata, walaupun tindakan punitif menerusi penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan di mahkamah ialah fungsi utama SPRM, aspek bukan punitif (pencegahan) pula kritikal bagi menyuntik keinsafan serta mengubah jati diri masyarakat.
Katanya, tindakan punitif semata-mata tidak memadai untuk menghapuskan amalan rasuah sekiranya ia tidak diimbangi dengan elemen pengajaran yang mampu mengubah pemikiran dan sanubari individu.
“Kita perlu ada keseimbangan … punitif adalah satu kaedah untuk membawa pesalah ke muka…