Hot FM

SPRM, polis siasat isu tunggakan hutang MyEG, Zetrix dengan JPJ


logo sprm macc
SPRM berkata pihaknya menerima aduan rasmi pada Rabu lalu berkaitan isu tunggakan hutang RM314 juta MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd kepada JPJ.
PETALING JAYA:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan polis untuk menyiasat isu tunggakan hutang RM314 juta MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

SPRM berkata pihaknya menerima aduan rasmi berkaitan isu itu pada Rabu lalu dan akan bekerjasama rapat dengan polis untuk berkongsi maklumat mengikut bidang kuasa masing-masing.

“Polis akan menyalurkan apa-apa maklumat sekiranya wujud elemen rasuah untuk tindakan SPRM selanjutnya.

“SPRM mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk menyalurkan maklumat lanjut berkaitan isu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

JPJ menggantung MyEG dan Zetrix, yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG Services Bhd, sebagai ejen kutipan fi dan saman selepas didedahkan bahawa kedua-dua syarikat itu mempunyai tunggakan berjumlah ratusan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version