
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan seorang pegawai kanan tentera hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna dana.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pegawai itu dipanggil ke ibu pejabat agensi itu di Putrajaya pada 11 pagi tadi.
“Hari ini kita panggil beliau untuk membantu siasatan dan rakaman percakapan bermula 11 pagi tadi.
“Setakat ini tiada tangkapan dilakukan namun rakaman percakapan masih berjalan,” katanya, lapor Harian Metro.
Beliau menambah, hanya pegawai itu dipanggil setakat ini bagi dirakam percakapannya.
Semalam, Berita Harian melaporkan, SPRM sedang menyiasat seorang pegawai kanan berusia 50an yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana yang dikhususkan untuk pembelian senjata.
Sebelum ini, siasatan SPRM terhadap dakwaan wujudnya kartel perolehan tentera membawa kepada…