
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung reman dua pemilik syarikat dan seorang kakitangan agensi sebuah kementerian dalam siasatan kes rasuah berhubung surat tawaran kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan (LKP).
Bernama memetik sumber melaporkan perintah reman tiga hari sehingga 15 Jan itu diperoleh hari ini, sebaik tempoh reman asal tamat hari ini.
Ketiga-tiga suspek sebelum ini antara lapan individu yang ditahan Bahagian Perisikan SPRM menerusi Op Loader di sekitar Lembah Klang dan Melaka, Rabu lepas.
Bagi mengeluarkan surat tawaran kelulusan LKP berkenaan, pegawai agensi itu dipercayai bersekongkol dengan syarikat yang bertindak menyediakan maklumat palsu seperti penyata bank selain mengurus proses permohonan termasuk Surat Tawaran Kelulusan dan Surat Kelulusan Lanjut Usia bagi membolehkan kenderaan perdagangan yang tidak layak…