Hot FM

SPRM semak aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet


azam baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki kata semakan sedang dibuat berhubung jumlah wang yang diterima daripada Khazanah dan PNB. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyemak dan menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang, FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), kata Ketua Pesuruhjaya Azam Baki.

Beliau berkata pihaknya masih dalam proses mendapatkan penjelasan tentang kaedah penerimaan dan perbelanjaan pelaburan yang diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

“Siasatan masih berjalan dan semakan sedang dibuat terhadap pasangan ini berhubung jumlah wang (pelaburan) yang diterima daripada Khazanah dan PNB,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Azam berkata setakat ini pihaknya merekodkan keterangan sembilan saksi termasuk pasangan itu bagi melengkapkan siasatan.

Beliau tidak menafikan kemungkinan pasangan itu akan hadir semula pada hari berikutnya bagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version