
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dua kertas siasatan membabitkan pengambilalihan sukarela IJM Corporation oleh Sunway Bhd masih dibuka dan aktif susulan penemuan unsur berkaitan penyelewengan dalam urusan berkenaan, melibatkan dua individu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata siasatan mendapati terdapat elemen yang boleh disiasat di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Katanya, setakat ini SPRM telah merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan, lapor Bernama.
“Kertas siasatan kes ini masih aktif kerana melalui siasatan yang dijalankan oleh SPRM, kita mendapati wujud unsur-unsur yang boleh disiasat di bawah undang-undang…