
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung dakwaan pemilikan dan pemindahan aset hartanah mewah di luar negara dianggarkan bernilai USD13 juta (kira-kira RM59 juta), yang dipercayai berkaitan hasil aktiviti haram dana 1MDB.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata siasatan menerusi Ops Agam itu bermula pada 15 Jun lepas, bagi mengenal pasti sama ada wujud sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Beliau berkata fokus siasatan merangkumi aspek mengesan kewujudan unsur rasuah, salah guna kuasa, pengubahan wang haram serta tindakan pemulihan aset berkenaan.
“SPRM kini sedang bekerjasama rapat dengan agensi penguat kuasa di dalam dan luar negara, bagi mendapatkan…