
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Zahid Hamidi menepis kebimbangan berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas naib presidennya, Ismail Sabri Yaakob akan menjejaskan imej atau kestabilan parti.
Zahid menegaskan Umno tiada terbabit dalam siasatan itu dan dana disita bukan milik parti.
“Tiada isu kepimpinan atau ahli Umno (terjejas).
“Kami anggap ini kes peribadi, perkara individu,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa dengan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan memberi amaran parti itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak sengaja mengaitkannya dengan kes berkenaan.
Ismail dipanggil sebagai suspek dalam siasatan SPRM ke atas empat pegawai kanan dikaitkan dengannya.
SPRM dilaporkan berkata, kira-kira RM170 juta wang tunai…