Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPRM tahan 4 pengurus, pengerusi eksekutif buat tuntutan palsu

today16 May 2023

Background


Mereka ditahan kerana membuat tuntutan palsu program Penjana 2.0 berjumlah kira-kira RM250,000.

Keempat-empat mereka dari dua syarikat berbeza ditahan di Kompleks SPRM Terengganu, ketika hadir untuk memberikan keterangan.

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja yang mempunyai butiran palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dokumen tuntutan itu melibatkan jumlah kira-kira RM250,000, dikemukakan kepada Perkeso di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana 2.0).

Menurut sumber SPRM, keempat-empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 29 hingga 63 tahun itu dari dua syarikat berbeza, ditahan kira-kira jam 3 petang tadi di Kompleks SPRM Terengganu, ketika hadir untuk memberikan keterangan.

Sumber berkata dua suspek berjawatan pengurus dan seorang lagi merupakan pengerusi eksekutif syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran, manakala seorang lagi suspek…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post