Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPRM tahan reman pegawai kanan polis lindung aktiviti haram

today25 March 2024

Background


Pegawai kanan polis dan anggota bawahannya dibawa ke Mahkamah Putrajaya untuk mendapat perintah reman. (Gambar SPRM)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pegawai kanan dan anggota polis dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti haram sekitar Kuala Lumpur.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 26 Mac itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Nurul Farhana Mohd Najib ke atas suspek utama, manakala suspek kedua telah direman sehari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.