Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPRM tangguh rakam keterangan Ismail Sabri

today4 March 2025

Background


ismail
SPRM berkata bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dipanggil memberi keterangan sebagai suspek bukannya saksi dalam siasatan kes itu.

PETALING JAYA: Proses rakaman percakapan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung siasatan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram ditangguhkan kepada Jumaat ini kerana beliau tidak sihat.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Ismail sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya esok tetapi ditangguhkan selepas beliau memberi sijil sakit.

“Rakaman percakapan beliau akan dibuat pada 7 Mac, jam 10 pagi di ibu pejabat SPRM,” kata sumber itu.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dipanggil atas kapasiti sebagai suspek dan bukan saksi bagi kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM.

Beliau bagaimanapun berkata proses rakaman percakapan itu bergantung kepada tahap kesihatan bekas naib presiden Umno berkenaan.

Ismail dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 22 Feb lalu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post