High Wycombe, United Kingdom: Tottenham terpaksa menunggu sehingga lewat permainan sebelum menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Wycombe 4-1 menerusi tiga jaringan pada empat minit terakhir untuk mara ke pusingan kelima Piala FA, awal pagi tadi.
Jose Mourinho tidak menurunkan Harry Kane, Son Heung-min dan Tanguy Ndombele susulan jadual ketat skuadnya berdepan empat kejohanan akan datang.
Tetapi tiga jaringan pada babak kedua diperlukan untuk mengatasi Wycombe yang hanya menang tiga kali dalam 23…
