
KUALA LUMPUR: Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi pada pendengaran saman sivil 1MDB terhadap Najib Razak, bahawa syarikat itu dikendalikan seperti jabatan kerajaan.
Suboh Yasin, yang menyertai SRC pada 2011 berkata aktiviti harian itu digambarkan sebagai ‘cabang’ kepada Kementerian Kewangan.
“Operasi SRC diuruskan seperti jabatan kerajaan lain bawah Datuk Seri (Najib), yang menjadi perdana menteri dan menteri kewangan,” katanya.
Suboh mendakwa, Najib mempunyai ‘kawalan penuh dan mutlak’ terhadap segala aspek operasi syarikat, kecuali Lembaga Pengarah.
“Saya merasakan peranan saya tiada beza seperti penjawat awam dalam jabatan kerajaan,” katanya memberi keterangan dalam kes perbicaraan saman SRC International…