Hot FM

SST dijangka jana RM51.7 bilion pada 2025


Amir Hamzah Azizan berkata, sebahagian hasil cukai tambahan SST akan dimanfaat menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Penambahbaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025, dianggar menjana hasil RM51.7 billion pada 2025, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, unjuran itu menunjukkan peningkatan jangkaan RM5 billion daripada unjuran kutipan SST semasa, sebanyak RM46.7 billion.

“Daripada jangkaan tambahan RM5 bilion tersebut, RM2.2 bilion adalah daripada kutipan cukai jualan, manakala RM2.8 bilion daripada kutipan cukai perkhidmatan.

“Tambahan hasil ini memadai untuk menampung keperluan kerajaan sekarang dan dalam masa yang sama tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version