
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) akan mengadakan lebih banyak sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan dari sektor logistik berhubung kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum pelaksanaannya, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Sesi ini bagi menghimpunkan input mereka sebelum kami membuat keputusan berhubung pelaksanaan (kenaikan) cukai,” katanya di Dewan Rakyat ketika ucapan penggulungan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, keputusan mengadakan lebih banyak sesi perbincangan dengan pemegang taruh dibuat selepas mengambil kira kebimbangan Ahli Parlimen ketika mendebatkan kesan kenaikan SST.
Beliau menjawab Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang membangkitkan kebimbangan Ahli Parlimen bahawa mengenakan SST untuk perkhidmatan logistik akan…