
PENAMPANG: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak mahu terburu-buru dalam proses menggabungkan kedua-dua parti, untuk memastikan ia dilaksana secara teratur serta mencapai objektif memperkukuh perjuangan membela rakyat.
Presiden STAR Jeffrey Kitingan berkata kedua-dua parti ketika ini melihat kepada mengadakan program bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.
“Program hari ini julung kali berjaya dibuat. Kita lihat melalui program ini ada potensi besar untuk kerjasama lain selepas ini tetapi kita ‘belajar berjalan’ dulu, selepas ini baru boleh buat lebih sikit.
“Kita mahu supaya rakyat dapat memberi restu dan sokongan (kepada) kerjasama ini supaya kita dapat bantu rakyat sama-sama,” katanya kepada pemberita pada rumah terbuka PBS dan STAR.
Kitingan, yang juga timbalan ketua menteri I, berkata kerjasama seperti itu penting bagi memastikan masa, wang…