
PETALING JAYA: Sebuah restoran Starbucks di Tawau, Sabah, menjadi mangsa vandalisme apabila diconteng dua individu pada awal pagi tadi dengan perkataan “free Palestine”.
Rangkaian kedai kopi antara jenama dari Amerika Syarikat yang menjadi sasaran boikot susulan serangan Israel terhadap Gaza.
Ketua Polis Tawau Champin Piuh berkata pengurus restoran berkenaan menyedari dinding premis berkenaan diconteng kira-kira 8.30 pagi, lapor Harian metro.
“Semakan melalui rakaman CCTV mendapati dua individu disyaki melakukan perbuatan itu dengan menggunakan cat sembur namun imejnya kurang jelas.
“Polis giat mengesan suspek yang terbabit dalam kes ini dan sekiranya dikenali pasti, tindakan undang undang akan diambil,” katanya.
Menurut gambar yang tular di media sosial, selain “free Palestine”, perkataan “boikot” turut diconteng di dinding premis…