Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Status 55 rakyat Malaysia kekal tak dapat dihubungi

today14 September 2026

Background


nepal mudflood n landslide
Pihak berkuasa Nepal terus melaksanakan usaha pencarian, pengesahan, dan pengecaman susulan bencana banjir dan tanah runtuh. (Gambar EPA Images)
KUALA LUMPUR:

Rekod semasa Kementerian Luar kekal seramai 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal dan China, manakala usaha mendapatkan kepastian mengenai status setiap individu terus dilaksanakan.

Wisma Putra dalam kenyataan, memaklumkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), yang kembali dari Nepal pada Isnin, akan memberikan taklimat kepada kementerian mengenai penugasan serta maklumat yang diperoleh sepanjang operasi di lapangan.

Sepanjang penugasan, SMART melaksanakan aktiviti pencarian di kawasan yang boleh diakses dengan selamat dan dibenarkan oleh pihak berkuasa Nepal.

Pencarian itu termasuk operasi di darat serta tinjauan udara menggunakan dron, manakala maklumat diperoleh akan diteliti Wisma Putra bersama agensi Malaysia yang berkaitan bagi menentukan tindakan susulan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post