
PETALING JAYA: Status bekas timbalan pengerusi Umno Melaka, Mohamad Ali Mohamad akan ditentukan majlis kerja tertinggi (MKT) parti minggu depan, susulan khabar angin mendakwa beliau menyertai Bersatu
Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki berkata Umno Tangga Batu membuat aduan rasmi dan kemuka beberapa ‘bukti’ berhubung perkara itu, baru-baru ini.
“Kita akan bincang pada mesyuarat MKT minggu depan dan jika terbukti dia sudah menjadi ahli Bersatu, maka keahliannya akan tergugur,” katanya lapor Berita Harian.
Perlembagaan Umno menetapkan keahlian ahli yang menjadi ahli berdaftar parti politik lain gugur, selepas disahkan oleh MKT, menurut Asyraf.
Khabar angin tentang Ali dilaporkan sejak 20 April lepas, dengan penafian oleh bekas ketua Umno bahagian itu kepada Utusan Malaysia.
Beberapa hari kemudian akhbar sama melaporkan dakwaan oleh…