Hot FM

“Stay Positive, Kita Boleh Ni” – Andi Bernadee

Pernah dengar tentang Malaysian Relief Agency? Ia adalah sebuah organisasi bantuan kemanusiaan bertujuan membantu mereka yang memerlukan di dalam dan luar negara akibat bencana alam dan konflik.

Terkesan dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara, penyanyi yang popular menerusi lagu Shimmy dan Donde iaitu Andi Bernadee telah turun menyertai misi bantuan sukarelawan yang dianjurkan badan berkenaan.

Usaha murni itu dikongsikan Andi menerusi laman Instagram miliknya pada 31 Mac lalu.

“Stay Positive , kita boleh ni !
@malaysianreliefagency.official,” tulisnya ringkas.

Semoga tindakan mulia Andi ini menjadi inspirasi serta ikutan buat mereka yang lain untuk sama-sama membantu negara menangani krisis Covid-19.

Exit mobile version