
TENOM: Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi (SJHTP) milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dijangka beroperasi semula pada Mac setelah turbin penjana Unit 3 yang berkapasiti 22MW pulih sepenuhnya.
Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset SESB Idris Mohd Noor berkata, kerja-kerja membaik pulih Unit 3 telah siap sepenuhnya di Pusat Pembaikan TNB Remarco (TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd) dan akan mula dipasang di SJHTP tidak lama lagi.
Pada masa sama, katanya, kerja-kerja pembersihan terowong air hidro di SJHTP sedang giat dilakukan oleh anggota kerja SESB dan kontraktor.
“Apabila siap nanti, air dari Sungai Padas akan dapat disalur masuk melalui terowong dan memutar turbin Unit 3,” katanya menerusi kenyataan.
Idris berkata, bagi meningkatkan margin simpanan kapasiti bekalan di dalam grid bekalan elektrik, SESB juga telah mendapat kelulusan daripada…