Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Stok kertas habis, pengeluaran sijil kelahiran di Sabah tertangguh

today10 December 2021

Background



Pengarah JPN Sabah, Khairrul Aminus Kamaruddin menunjukkan contoh kertas sijil kelahiran yang kekurangan bekalan.

KOTA KINABALU: Pengeluaran sijil kelahiran di Sabah tertangguh disebabkan kertas yang digunakan untuk mencetak dokumen berkenaan telah habis, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Khairrul Aminus Kamaruddin.

Beliau berkata, stok kertas sijil kelahiran JPN Sabah tahun ini sebanyak 24,801 keping, namun terputus bekalan dan kehabisan stok pada awal Oktober lepas.

“Setakat ini, sijil kelahiran yang tertangguh atau menunggu stok untuk cetakan adalah kira-kira 3,200 permohonan. Kelewatan pengeluaran sijil lahir berkenaan disebabkan kekurangan bekalan sijil ekoran bekalan kertas yang digunakan adalah diimport daripada pengilang di China.

“Kelewatan bekalan kertas tiba di Malaysia disebabkan kejadian banjir di negara berkenaan baru-baru ini. Semakan mengesahkan bekalan kertas berkenaan sudah tiba di negara ini dan melepasi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post