Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Stoking kalimah Allah: Jumpa komuniti Melayu-Islam, Pemuda Umno seru sayap MCA, DAP

today18 March 2024

Background


Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh berkata isu penghinaan adalah isu semua rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda Umno meminta sayap MCA dan DAP bertemu komuniti Melayu-Islam bagi mengetahui perasaan berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Ketuanya, Muhamad Akmal Saleh berkata Pemuda MCA dan DAP yang berada lebih 60 tahun patut faham bahawa kedudukan nama Allah dan kesuciannya β€œsuatu isu yang tidak ada tolok bandingnya”.