Hot FM

Stoking kalimah Allah: Kilang di Batu Pahat disiasat


Exco Hal Ehwal Agama Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata kerajaan negeri menyokong penuh tindakan perundangan dan sedia membantu jika perlu. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Kilang didakwa mengeluarkan stoking tertera kalimah Allah di Batu Pahat disiasat polis, kata Exco Hal Ehwal Agama Johor Mohd Fared Mohd Khalid.

Katanya, perkara itu disahkan ketua polis Batu Pahat sambil menasihatkan orang Islam bersabar.

“Kita percaya polis akan melaksanakan tugas mereka dan saya berharap semua orang Islam bersabar,” katanya menurut Berita Harian pada sidang media di Kluang.

Fared berkata, pihaknya menyokong semua tindakan perundangan kepada pihak berkenaan dan sedia membantu pihak berkuasa terbabit.

“Kita akan ambil tindakan sebaiknya sekiranya agensi penguat kuasa kita diperlukan untuk buat serbuan dan operasi bersama, kita akan menggerakkan semua agensi,” katanya.

Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya penjualan stoking tertera kalimah Allah itu dan memberi amaran kepada semua pihak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version